A step to the university

by 08:03 4 comments
Assalamualaikum

Entry ni aku rasa paling sesuai la kot sebab sekarang musim budak-budak lepasan SPM isi UPU kan. Harap dapat membantu. Sebab dulu pun aku survey pengalaman senior-senior melalui blog sebelum apply kos. Tapi untuk kali ni aku akan cerita pasal pengalaman sendiri lah kan. So, kalau ada yang kebetulan sama or masih lagi pening-pening lalat nak apply kos apa, boleh la baca story kat bawah ni :)

Untuk pengetahuan, selepas tamat SPM, aku sambung belajar dalam jurusan asasi undang-undang UiTM selama 1 tahun di UiTM Merbok. Sebenarnya tak pernah terfikir pun untuk ambil kos undang-undang. Serius tak pernah fikir langsung. Tapi disebabkan result aku yang tak mampu nak ambil medic, aku gagahkan diri jugak amek law sebab itu ja yang aku rasa layak dengan result. Adik-adik yang tengah nak pohon tu, akak nasihatkan pilihlah kos yang adik rasa layak dengan result. I mean kira penuhi syarat kelayakan untuk pohon that course la.  Jangan pulak sebab minat sangat korang dah tak amek kira tentang kelayakan result korang tu. Ala.. macam ukur baju di badan sendiri la. Haha. Sebab sekarang ni ramai budak bijak pandai, so kenalah bijak kalau nak dapat tempat dekat universiti. Persaingan tu tak payah cakap la dik oii, memang susah, jadi kalau dapat bersyukurlah dan perform your best.

Okey back to the main story, macam aku katakan tadi, aku tak pernah terfikir langsung untuk amek undang-undang. And of course, tadak minat langsung. Cuma aku ada la fikirkan beberapa kriteria untuk amek law ni yang aku rasa kena dengan diri aku. First, aku tak suka mengira. Subjek-subjek Mathematics, Additional Mathematics, and Physics memang subjek yang aku tak suka a. Bab-bab mengira memang aku lembab. Haha. Second, aku suka hafal. Kadang-kadang benda yang aku hafal ni, aku tak payah faham pun. Aku hafal ja. Sebiji-sebiji aku hafal. Hahaha. Jadi, memang sesuai lah kan kos undang-undang ni. Tapi dalam undang-undang, kau kena faham lah kan. Bunuh diri la kalau tak faham. Satu ja yang menjadi mimpi ngeri aku dalam law ni. Nak tau apa?! 


Hmm.....

Emmm....

Haaaaa.....


MUET (Malaysian University English Test)

Pesanan kedua aku untuk adik-adik yang tengah confuse nak pilih kos, tolonglah kaji dulu kos yang awak nak sambung tu. Syarat dia apa, degree apa yang boleh sambung, syarat nak sambung ke degree tu and etc.

Awal-awal lagi masa survey tentang law, aku dah tau yang syarat untuk sambung ke degree law ada dua. First, pointer kau mesti 3.00 ke atas. Second, MUET kau kena band 4. Dua syarat ni untuk Asasi undang-undang UiTM la. Kalau Asasi Undang-undang KPTM syarat dia lain. Tak salah aku beza dekat pointer ja. Kalau kau tak dapat achieve salah satu syarat tu, say bye bye to Degree in Law. Aku memang tak terer english, dan aku tau yang susah untuk dapat band 4. Tapi memandangkan aku begitu nekad, bersemangat dan gigih aku harung jugak. Muehehe.

Tak kenal, maka tak cinta. Lepas aku berkenalan dengan kos law ni, aku dah jatuh cinta. Aipp. Bukan cinta dengan orang tapi cinta dengan apa yang aku dah belajar la. Interesting wey law. Banyak benda baru yang aku tahu lepas study law. Pasal akta-akta, hukuman, ish macam-macam lah. Dua semester yang sangat best. Bila aku dah bercinta, kecewa pulak. Sebab apa aku kecewa, sebab kena reject. Reject kenapa? Pasal mimpi ngeri aku tu la. MUET. Kalau korang nak tau, aku repeat MUET dua kali kot. Tapi still dapat band 3. Kira memang ramai gila lah yang tak dapat sambung degree in law sebab tak lepas MUET. Kalau tak silap, dalam kelas aku tu hanya 6 orang daripada 34 orang sahaja dapat sambung degree law. See! Even kalau kau dapat 4.00 sekalipun, MUET kau band 3. Memang tak dapat la nak sambung degree in law kat UiTM. Sama jugak kalau kau dapat band 5 sekalipun tapi pointer 3.00 ke bawah, say goodbye law. Conclusion nya, dua-dua kena lepas. Cerita aku, aku sangkut dekat MUET, pointer aku lepas :’(

Mungkin aku tadak rezeki dalam law dan aku percaya yang ada hikmah sebab apa Allah swt tak kasi aku sambung law. Haruslah think positive J. Mula-mula tu meroyan la jugak, tipulah kalau kau tak sedih. Melainkan la kalau target kau bukan law. Jadi bermulalah satu lagi lembaran baru dalam hidup aku bergelar student degree. Semua pilihan course untuk sambung degree time tu, semua aku tak minat. Dan aku memang buntulah nak pilih apa. Seriously, aku memang tak ada langsung rasa untuk letak apa-apa course selain law. So, sebagai penyelesaiannya aku call mak aku dan listkan semua course yang ada dan course yang keluar daripada mulut mak aku ialah journalism (kewartawanan).

Sekali lagi benda baru yang tak pernah aku terfikir pun nak belajar. Minat pun tadak. Memang 100% aku ikut suggestion mak aku dan ada la sikit-sikit kriteria yang aku pertimbangkan macam tak ada subjek mengira. Hehe. Secara rasminya, sekarang aku dah tamat semester 1 sebagai pelajar ijazah sarjana muda komunikasi massa (kepujian) kewartawanan. Aku masih lagi berpegang kepada prinsip ‘tak kenal maka tak cinta’, masih lagi dalam proses untuk mencintai kos ni. Kalau aku tak cinta pun, aku nak perform well ja dalam this course. Kadang-kadang kita kena letak tepi minat kita dan gunakan peluang yang kita dapat sehabis baik. Ataupun, cubalah untuk bina kita punya minat tu. Banyak lagi orang kat luar sana yang langsung tak dapat peluang belajar kat universiti. Grab apa sahaja opportunity yang datang, jangan nak demand sangat dalam dunia yang competitive ni. This is my opinion la. Untuk further your degree in this course pun, kau kena lepas the interview. Jadi bukanlah senang sebenarnya untuk jadi budak masscomm. Aku bersyukur, aku adalah salah seorang yang lepas the interview. There must be a reason why I manage to get this course. Kita merancang, tapi perancangan Allah lebih hebat.

Lagipun aku dah usaha sehabis baik masa asasi dulu untuk sambung degree law, jadi aku tak menyesal pun kalau tak dapat sambung. Because I know, I have try my best. Kecewa dia tak sama kalau kau tak dapat sambung sebab main-main. In conclusion, apa yang aku nak highlight from the whole story is that kau tak boleh nak jangka apa yang bakal berlaku for the future. Macam story aku yang panjang lebar kat atas ni, aku budak aliran sains tulen yang sambung belajar undang-undang then sekarang aku belajar journalism. But then, belum tentu lagi aku akan jadi seorang journalist. Ni dalam aspek akademik la. Kau boleh tengok benda ni dalam kehidupan kau sendiri dalam other aspek.




Basically, W-curve ni dah memberi gambaran how it will flow. Jangan takut ya adik-adik sekalian :) 

Buat adik-adik yang nak melangkah ke alam universiti ni, prepare your mental and physical. Tadak kos yang senang dik. Setiap kos ada dia punya susah senang. Jangan malas untuk cari information pasal course yang adik nak apply tu, takut menyesal di kemudian hari. Buatlah pilihan yang bijak. Good luck!

Buat adik-adik yang nak sambung asasi undang-undang tu, do your best. Bukan senang nak further degree in law, so prepare lah awal-awal. Dalam law ni, dia banyak hafal-hafal and kena banyak bercakap. All the best! 


Thank you for reading this entry :)

amni ahmad

Developer

Amni Ahmad. 21. Kedahan. Journalism school. Never give up.

4 comments:

  1. Nak sambung journalism muet dapat band 3 Ok ke?

    ReplyDelete
  2. pd adik2 yg ambik masscom tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun.....btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi dn regent college..anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

    ReplyDelete