Simulasi Berita: Pelajar perempuan maut dibuli senior

by 01:47 0 comments
Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

SHAH ALAM: Seorang pelajar berusia 14 tahun maut selepas ditendang pelajar senior dalam kejadian di sebuah sekolah, di sini, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Ketua Polis XY, Datuk Ali Abu berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan sekolah yang bertugas sebelum pihak polis menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan daripada pihak forensik, punca kematian disebabkan kecederaan di leher yang menyebabkan saluran darah ke bahagian kepala putus,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen XY, di sini, sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah berjaya menemui satu video buli melibatkan mangsa yang tersebar di laman sosial.

Pihak polis menahan tiga remaja perempuan berusia lingkungan 14 dan 15 tahun selepas berjaya mengenal pasti individu di dalam video terbabit bagi membantu siasatan.

Dalam rakaman berdurasi kira-kira tiga minit itu, kelihatan seorang remaja dibelasah oleh tiga remaja perempuan yang lain tanpa belas kasihan.

Sepanjang kejadian tersebut, mangsa bukan sahaja ditolak, malah disepak dan ditampar sehingga terjatuh secara bergilir-gilir.

Beliau berkata, suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiga remaja perempuan dipercayai membuli dan memukul mangsa sehingga maut.



Rakaman video kes buli pelajar perempuan tersebar di laman sosial.





Nota: Berita dan video ini hanyalah rekaan semata-mata untuk tujuan akademik. Segala yang disebut, gambar dan maklumat tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang hidup ataupun mati.

amni ahmad

Developer

Amni Ahmad. 21. Kedahan. Journalism school. Never give up.

0 comments:

Post a Comment