Simulasi berita

by 09:32 0 comments
Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.


Shah Alam: Seorang perempuan Indonesia berumur 19 tahun ditemui mati di dalam kereta akibat ditembak didadanya di sebuah tapak pembinaan di Seksyen 15, di sini, semalam.

Mangsa, Yanty Octavia Darsono, 19, merupakan seorang pembantu rumah ditemui berlumuran darah di tempat duduk pemandu dengan kedua-dua pintu hadapan terbuka dan radio masih lagi dimainkan.

Ketua Penyiasat Balai Polis Seksyen 11, Asisten Superintendan Syed Jamal Syed Agil Barakhbah Jamalulail, berkata berdasarkan siasatan awal, sebanyak dua butir peluru berjaya dikeluarkan oleh pihak forensik dan tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian.

Mangsa juga didapati berasal dari Jakarta, Indonesia bekerja dengan seorang ahli perniagaan, Dato’ Shanmugam Arupillay sebagai pembantu rumah dan merupakan kekasih kepada anak majikannya Ravi Karupillay, 25.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa dipercayai telah memandu sebuah kereta mewah milik anak majikannya, Ravi.

.Hasil siasatan forensik, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditembak kesan daripada lebam yang ditemui di bahagian lengan mangsa.

“Polis menahan reman ketua kongsi gelap yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Ravi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, Ravi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah namun mempunyai rekod terlibat dengan aktiviti kongsi gelap.

Saksi kejadian, Rudy Hermanto Sorjono, 32, berkata dia terkejut melihat keadaan mangsa yang terbaring kaku dan terus memanggil rakannya untuk menelefon pihak polis.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat.

Motif pembunuhan dipercayai akibat cinta ditolak namun pihak polis masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian.



Nota: Berita ini hanyalah rekaan semata-mata untuk simulasi berita. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa

amni ahmad

Developer

Amni Ahmad. 21. Kedahan. Journalism school. Never give up.

0 comments:

Post a Comment